Jelajah Pelayanan & Promosi BTS Namaus 2024 ke SIB Kawasan Kudat

Rombongan BTS bersama jemaah di SIB Kawasan Kudat

Borneo Theological Seminary (BTS) Kampus Namaus telah mengadakan suatu program iaitu Jelajah Pelayanan dan Promosi BTS ke SIB Kawasan Kudat pada 9-10 March 2024. Rombongan yang terdiri daripada barisan fakulti, pelajar serta Ahli-ahli Komiti Luar BTS Namaus mengunjungi 5 gereja lokal yang berada di dalam Kawsan Kudat melalui kelompok keluarga masing-masing.

Gereja-gereja yang sempat dilawati oleh rombongan BTS adalah SIB Bandar Kudat, SIB Sikuati, SIB Kg. Minyak, SIB Andab Bangau dan SIB Bingalon.

Program ini bertujuan untk memperkenalkan BTS kepada jemaah di seluruh Sabah serta mempromosikan dan menggalakkan individu-individu yang mempunyai kerinduan dan panggilan untuk mendaftarkan diri di seminari. Selain itu, program jelajah ini juga menjadi kesempatan untuk warga BTS membina hubungan yang rapat bersama gereja-gereja lokal di SIB Sabah.

Terima kasih kepada pihak kepimpinan serta jemaah di SIB Kawasan Kudat yang telah menerima dan menyambut kedatangan rombongan BTS dengan sukacita. Kiranya Tuhan memberkati persekutuan serta pelayanan kita bersama, semua untuk kemuliaan nama-Nya! Amin!

Comments are closed.