Majlis Konvokesyen Borneo Theological Seminary (BTS) yang ke-26 bagi tahun 2023 berlangsung dengan meriah pada 4 November 2023 yang lepas. Pada majlis yang gilang gemilang tersebut, seramai 33 graduan daripada 10 program untuk kedua-dua Kampus Namaus dan Kampus Melangkap telah menamatkan pengajian mereka di seminari ini sambil disaksikan oleh jemaah Tuhan yang hadir pada hari tersebut.
Dengan tema “Gembalakanlah domba-domba-Ku,” yang diambil daripada Yohanes 21:15-19, majlis konvokesyen pada tahun ini dirasmikan oleh Timbalan Presiden SIB Sabah, Rev. Agong Sakai yang mewakili Rev. Datuk Ir. Jerry W. Dusing selaku Presiden SIB Sabah. Pengkhutbah pada majlis konvokesyen pada tahun ini pula ialah Rev. Edwin Tupoloh yang juga merupakan Bendahari Agung SIB Sabah. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Majlis Eksekutif SIB Sabah, Ahli Majlis Umum, Ahli Lembaga BTS serta pemimpin-pemimpin gereja lokal dari kawasan-kawasan SIB Sabah yang datang untuk menunjukkan sokongan serta komitmen untuk mendukung BTS.
Tahniah diucapkan kepada semua graduan BTS 2023 dan selamat melayani kepada mereka yang akan menjadi pekerja sepenuh masa SIB dan akan masuk ke dalam pelayanan pada tahun hadapan. Tuhan Yesus memberkati!