Kepimpinan Sidang Injil Borneo (SIB) Sabah 2026-2028

Tahniah kepada Barisan Kepimpinan SIB Sabah Sesi 2026–2028 

Bagi pihak Borneo Theological Seminary, Namaus, kami mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada barisan kepimpinan SIB Sabah yang telah dipilih bagi sesi 2026–2028.

Kami bersyukur kepada Tuhan atas pelantikan ini dan berdoa agar Tuhan terus mengurniakan hikmat, kekuatan, kerendahan hati, serta kesetiaan kepada setiap pemimpin dalam melaksanakan amanah yang telah dipercayakan. Kiranya kepimpinan ini menjadi saluran berkat kepada gereja-gereja, masyarakat, dan memuliakan nama Tuhan.

Seperti firman Tuhan dalam Yosua 1:9:

“Bukankah telah Kuperintahkan kepadamu: Kuatkan dan teguhkanlah hatimu! Janganlah takut dan janganlah tawar hati, sebab TUHAN, Allahmu, menyertai engkau ke mana pun engkau pergi.”

Sekali lagi, tahniah atas pemilihan ini. Kiranya Tuhan terus memberkati, memimpin, dan memperlengkapi setiap langkah pelayanan sepanjang sesi 2026–2028.

Tahniah! Tuhan Yesus memberkati.

Segala puji dan syukur kepada Tuhan atas kejayaan penganjuran Karnival Sukan Borneo Theological Seminary Kampus Induk Namaus (BTS-KIN) 2026, yang telah menghimpunkan institusi-institusi teologi dalam semangat kesukanan, persekutuan dan kebersamaan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YB Datuk Jonathan Yasin atas kesudian merasmikan karnival ini, serta kepada Borneo Daily Bulletin atas liputan dan penerbitan artikel mengenai program ini.

Ribuan terima kasih juga kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung, para peserta, kontinjen, pensyarah, pelajar, barisan staf, sukarelawan dan semua penyokong yang telah bersama-sama menjayakan Karnival Sukan BTS-KIN 2026.

📖 Untuk membaca artikel penuh, sila klik pautan berikut:

https://www.borneodailybulletin.com/karnival-sukan-bts-kin-2026-erat-hubungan-institusi-teologi-serantau/